TUTORIAL MEMAKAI SAMPIN | SAMPINKL
TUTORIAL MEMAKAI SAMPIN
Sampin seringkali digunakan ketika majlis rasmi dan majlis pernikahan. Tidak kira kepada bakal pengantin lelaki dan para tetamu yang meraikan hari istimewa itu. Apa yang menarik pada para lelaki ketika memakai baju melayu dan bersampin adalah apabila menggayakan dengan sampin songket. Corak dan seni yang seakan keemasan pada sampin songket yang menampakkan keagungan tradisional yang masih diamalkan oleh masyarakat kita. Tidak semua para lelaki zaman kini memakai sampin kerana tidak mengetahui cara memakai sampin dengan betul. Malah, ada yang memakai sampin dengen lipatan cara yang salah!
Ikut Step-by-Step Cara ini akan menampakkan lebih kemas dan terletak elok.
1. Lipat 3-4 inchi ke dalam. Pastikan bahagian bawah berada di paras lutut.
2. Tengahkan bahagian kepala di belakang. selebihnya tarik hingga ke hujung.
3. Lipat kain lebihan tadi, Lipat 2 kali.
4. Lipat separuh lagi, dan lekapkan di pinggang. Lipat penuh dan gulung 2 tau 3 kali.
5. Siap.