SONGKET TERENGGANU

"SONGKET" ia adalah sejenis kain yang mempunyai nilai sejarah dan makna yang tersendiri. Pada awal kemunculan songket pada adat ke 13, dengan memakai songket ianmelambangkan perbezaan status dan kedudukan seseorang. Ia seringkali digayakan pada majlis rasmi atau majlis-majlis perkahwinan sejak dahulu sehingga kini.
Songket adalah warisan tradisi budaya kita terutamanya di Malaysia yang tidak ketinggalan oleh kerana telah banyak variasi corak dan warna songket itu sendiri telah dimodenkan mengikut peredaran zaman.
Di Terengganu popular dengan "Songket Terenganu" dek kerana ramai pengusaha-pengusaha kain songket di daerah Kuala Terengganu. Kebanyakan pengusaha songket telah membuka kedai mereka di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu. 
 
Nilai songket dipasaran masih lagi ditahap yang mempunyai nilai yang tinggi. Oleh kerana masih lagi ada permintaan dan menjadi sebahagian tradisi budaya masyarakat di Malaysia. Nilai songket juga berbeza kerana perbezaan buatan original tenun tangan dan tenun mesin. Selain itu, songket yang berkualiti adalah terletak kepada jenis benang yang berkualiti tinggi yang menampakkan warna keemasan, seni coraknya yang unik dan kepakaran individu yang menghasilkan songket yang cantik dan menarik. 
Oleh itu, Songket adalah pakaian yang amat bernilai dimata masyarakat dan melambangkan nilai tradisi masyarakat dan budaya di Malaysia dan Asia Tenggara seperti Indonesia dan Brunei.